"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Jari Telunjuk Masa Tahiyyat

*

Sejak dahulu lagi, para ulama telah berbeza pendapat mengenai ketika/waktu mengangkat jari telunjuk dan samada digoyang-goyangkan atau digerak-gerakkan jari telunjuk ketika bacaan tasyahhud/tahiyyat semasa solat.

Pendapat-pendapat yang masyhur ialah:
1. Mengangkat jari telunjuk dari awal bacaan tasyahhud tanpa digerak-gerakkan.
2. Mengangkat jari telunjuk dari awal bacaan tasyahhud serta digerak-gerakkan.
3. Mengangkat jari telunjuk ketika membaca kalimah syahadah, di tengah bacaan tasyahhud tanpa digerak-gerakkan.

Majoriti umat Islam di Malaysia yang bermazhab Syafi'i akan mengangkat jari telunjuk ketika membaca kalimah syahadah semasa bacaan tasyahhud dan tidak digoyang-goyangkan atau digerak-gerakkan jari telunjuk tersebut.

Imam an-Nawawi, seoarang ulama mazhab Syafi’iyah, mengatakan : “Dan mengangkat telunjuknya pada saat mengucapkan إلاالله (“illallah”) dan tidak menggerakkannya”. ( An-Nawawi, Minhaj al-“al-Thalibin, dicetak pada hamisy Qalyubi wa Umairah, Dar Ihya al-Kutub al-Arabiyah, Indonesia. Juz.I, Hal. 164)

Imam an-Nawawi menyatakan bahawa beliau berlapang dada dalam soal perbezaan pendapat bagi hal ini. Dan sama sekali tidak mencaci atau mentohmah di antara satu sama lain.

Wallahu 'alam.




Link pilihan:

Arah Pandangan Mata Ketika Solat


*













6 ulasan:

  1. Nampak ringan je isu ni tapi perlu juga kita ambil tahu. Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.

    BalasPadam
  2. Terimakasih gan atas informasi yang akurat

    BalasPadam
  3. ALHAMDULILLAH ...PENJELLASAN TENTANG ISLAM TANPA DI POLITIKKAN MEMANG SUKAR DI TEMUI. hARAP DAPAT DI TERUSKAN....

    BalasPadam
  4. sebab kalau di goyangkan akan menarik perhatian orang

    BalasPadam
  5. boleh dapat pencerahan tentang tujuan berbuat demikian...?

    BalasPadam
  6. assalamualaikum ,,nk bertanys,,inginkan pencerahan,,jika sewaktu tahiyyat akhir ketika mengucapkan shahadah tetapi terlupa mengangkat jari telunjuk,adakah sah solat?dan perlu ke buat sujud sahwi?

    BalasPadam

Popular Posts