Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Kelebihan Bulan Zulhijjah

*

Bulan Zulhijjah adalah bulan umat Islam menunaikan ibadah haji dan menyembelih korban. Bulan Zulhijjah juga salah satu daripada bulan haram.

Sabda Nabi s.a.w, "Tidak ada hari yang lebih baik di sisi Allah untuk lakukan amalan kebaikan selain sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijjah". Para sahabat bertanya, adakah jihad fisabilillah tidak boleh menandingi amalan yang dilakukan pada sepuluh hari tersebut ?” Nabi bersabda, "Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan dia keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya”. (Hr Bukhari)

Dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidak ada suatu hari yang lebih agung di sisi Allah dan tidak pula ada amalan-amalan yang lebih dicintai ALLAH selain amal yang dikerjakan pada sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah, maka perbanyakanlah padanya tahlil (La ilaha illallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)". (HR Imam Ahmad)

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah). Maka jawab Rasulullah s.a.w. "Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang". (HR Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (HR Muslim)

Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulanglah dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (HR Muslim)






Link pilihan :

Kelebihan Bulan-bulan Haram

Kelebihan Hari Arafah

Kelebihan Ibadah Korban




*

8 comments:

  1. syukran......nk sebarkan pd yg lain jugak ni

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...berpuasa sunat

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.terima kasih.esok dh mula 1 zulhijjah n brsamaan pula hari jumaat.insyaallah,moga2 dberi kesihatan yg baik untuk mula brpuasa sunat..

    ReplyDelete
  4. tq.. di atas info mohon share di blog saya yer...

    ReplyDelete
  5. Syukran.. Sy mohon share jugak d blog sy yea.. Terima kasih..

    ReplyDelete

Popular Posts