"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Qunut Nazilah

*

Hadis daripada Ibnu Abbas RA: Ertinya: Rasulullah Nabi shollallahu 'alaihi wasallam berqunut sebulan terus menerus dalam solat zuhur, asar, magrib, isyak dan subuh di akhir tiap-tiap kali solat apabila baginda berkata "sami'allahu liman hamidah" dari rakaat akhir, beliau mendoakan kehancuran ke atas penduduk kabilah bani salim, kabilah ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah dan orang-orang yg di belakang mengaminkannya. (HR Abu Daud & Imam Ahmad)

Rasulullah berbuat demikian kerana kabilah-kabilah tersebut mengaku memeluk islam dan meminta kepada Rasulullah supaya menghantar kepada mereka guru-guru yang akan mengajar mereka. Rasulullah lalu menghantar 70 orang guru tetapi mereka membunuhnya maka oleh kerana itulah Rasulullah berqunut nazilah.

Rasulullah apabila hendak berdoa qunut nazilah, baginda akan berqunut selepas rukuk dan semasa berdiri iktidal dalam rakaat terakhir solat fardu.

Daripada hadis di atas juga bacaan doa Qunut sebenarnya tidak dihadkan kepada ketika solat subuh sahaja.


Imam asy-Syaukani pula mengatakan supaya jangan dikhususkan qunut itu di dalam satu solat sahaja tanpa dilakukan di dalam solat-solat fardhu yang lain. “Adalah rasulullah tidak berqunut melainkan apabila beliau berdoa untukk kebaikan seseorangg atau mendoakan kehancuran seseorang. (HR Ibnu Hibban daripada Abu Hurairah)

Mari bersama-sama mengamalkan Qunut Nazilah bagi mendoakan kesejahteraan saudara seagama kita dan mendoakan kehancuran musuh-musuh kita.

Doa Qunut Nazilah -> KLIK SINI

Wallahu a'lam.


Popular Posts